Kindly follow our backup IG because sadly the previous one (83k followers) has been disabled by Instagram. Click the icon, thank you. Instagram
search

The Pioneer Women - Siapa wanita di sebalik brand hebat ini?

The Pioneer Women - Siapa wanita di sebalik brand hebat ini?

The Pioneer Woman adalah brand yang berasal daripada United States of America yang diasaskan pada tahun 2006 bermula hanya dengan penulisan blog oleh seseorang yang sangat terkenal pada waktu itu. Hasil dari penulisan blog, beliau berjaya mendapat Weblog of the Year untuk tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Tanpa sedar, seorang countrygirl seperti beliau menjadi ikon untuk ibu-ibu, ikon memasak dan juga ikon untuk food lovers

Pada 2008, beliau telah lancarkan tastykitchen.com dengan tagline Favorite Recipes from Real Kitchens Everywhere! yang menjadi rujukan untuk ibu-ibu memasak di seluruh USA. Di situ juga, orang ramai boleh berkongsi resepi dan juga mendapatkan resepi-resepi orang lain secara percuma. Pada awal pelancaran tastykitchen.com, beliau membuat 1 pertandingan memasak di blog utama beliau pada waktu itu iaitu thepioneerwoman.com dan mendapat hampir 5000+ resipi atau penyertaan dalam masa 24 jam sahaja.

Berbalik kepada The Pioneer Woman, seperti wanita yang mengasaskannya, brand ini lebih mengetengahkan barangan dapur seperti cutlery set (set pisau), cookware set (set memasak), dinnerware set (set pinggan mangkuk hidang) dan yang paling famous, cast iron dutch oven.

Seperti naluri seorang ibu yang suka akan bunga-bungaan, hampir kesemua design The Poineer Woman akan memiliki corak bungaan ini. Mari saya tunjukkan.

Set cutlery (set pisau)

Cookware set (set memasak)

Dinnerware set (set pinggan magkuk hidang)

Dinnerware set (set pinggan magkuk hidang)

Cast Iron Dutch Oven

Sekarang, masa untuk kita kenali siapa wanita disebalik brand hebat ini. Beliau adalah Anne Marie "Ree" Drummond yang dilahirkan dan dibesarkan di Bartlesville, Oklahoma, USA pada tanggal 6 Januari 1969.Bermula dengan thepioneerwoman.com dan seterusnya tastykitchen.com, beliau banyak mempamerkan kehidupan seorang countrygirl, jadinya ranching, full housewife, cows, homeschooling, cowboys banyak diketengahkan.

Anne Marie "Ree" Drummond

 Jadi, di mana nak dapatkan The Pioneer Woman ini?

Kerana The Pioneer Woman tiada official store di Malaysia, di sini datangnya servis seperti kami, personal shopper untuk barangan USA. Sebelum membuat apa-apa transaksi, pastikan personal shopper yang anda itu trusted. Boleh baca review customer lain and at least berdaftar dengan SSM.

Bonus untuk pembaca article ini, anda dipersilakan untuk cuci mata barangan The Pioneer Women, kitchenware, dinnerware dan yang lain-lain di sini. Enjoyy!

The Pioneer Woman collection by Pn Anisa



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping