Kindly follow our backup IG because sadly the previous one (83k followers) has been disabled by Instagram. Click the icon, thank you. Instagram
search

Kenapa perlu transformer untuk KitchenAid?

Kenapa perlu transformer untuk KitchenAid?

Ramai yang menginginkan barangan elektrik USA seperti KitchenAid sbb ianya murah dan berkualiti tinggi tetapi tidak ramai yang tahu cara yang betul untuk mengunakannya kerana ramai yang bertanya kepada kami,

"Betul ke banyak barangan elektrik USA tidak boleh diguna pakai di Malaysia?"

"Kalau beli KitchenAid dari Onikym nie boleh ke guna dkat Malaysia?"

"Apa akan jadi kalau saya cucuk je kepala plug KitchenAid saya dkat Malaysia pnya socket?"

Jadi hari ini admin ingin bercerita tentang cara pengunaan yang betul apabila mengunakan peralatan elektrik yang dibeli dari USA khususnya. Admin akan menyampaikan mengikut hasil daripada pembacaan dan juga review daripada customer kami sendiri yang telah pun membeli KitchenAid melalui instalments scheme selama 6 bulan yang kami tawarkan. Jom!

First thing first yang kita kena tahu adalah voltage output untuk USA dan Malaysia adalah berbeza. USA mengunakan 110V manakala Malaysia pula mengunakan 240V. Kenapa berbeza? Sesungguhnya, ia adalah di luar kawalan admin sendiri, heh.

Apa akan jadi kalau kita main cucuk je USA plug ke Malaysia socket? Disebabkan berlainan voltage, ada kemungkinan besar alatan yang kita guna itu akan rosak. Hal ini disebabkan oleh voltage yang berlebihan yang akan menyebabkan overvoltage condition terjadi. Kalau dibiarkan, fuse akan mulai mencair dan terbakar akibat overvoltage tersebut dan kita kita akan mula nampak alatan itu berasap dan mungkin akan ada spark. Ini lah yang akan terjadi apabila kita mengunakan alatan tersebut tanpa transformer.

Apa pula transformer ini? 

Transformer merupakan satu device yang boleh digunakan untuk menaikkan dan mengurangkan voltage mengikut voltage output sesuatu alatan yang kita ingin gunakan. Dalam contoh kali ini, step down transformer diperlukan untuk mengurangkan atau reducing the voltage yang sedia ada di Malaysia untuk dapatkan voltage 110V yg ada di KitchenAid tersebut. Jadi dengan mengunakan step down transformer, alatan seperti KitchenAid yang dibeli dari USA boleh digunakan di Malaysia tanpa masalah.

Jom tengok ilustrasi yang admin buat supaya kita sama-sama faham.

 

Sekarang, kita tengok pula testimoni daripada customer Onikym sendiri.

Boleh tengok video yang beliau kongsikan di sini.

Satu lagi perkara yang penting, jangan samakan ADAPTER dengan TRANSFORMER, sesungguhnya dua benda ini adalah sangat berbeza. Adapter hanya kepala socket untuk kita sesuaikan mengikut kepala plug alatan kita tetapi transformer yang menaikkan atau menurunkan voltage output mengikut device yang kita ingin guna itu.

Bonus untuk anda, admin sertakan skali untuk sesiapa yang ingin mencari step-down transformer di sini.

Jadi, admin harap article serta contoh yang customer kami ada share kali ini bermanfaat untuk anda yang membaca. Harapan kami selepas ini tiada lagi tanda tanya atau keraguan untuk yang berhasrat membeli KitchenAid secara 6x instalments di USA dengan kami. Peace!





Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping