Kindly follow our backup IG because sadly the previous one (83k followers) has been disabled by Instagram. Click the icon, thank you. Instagram
search

6 fakta yang anda patut tahu mengenai 'water resistant' dan 'waterproof' watches.

6 fakta yang anda patut tahu mengenai 'water resistant' dan 'waterproof' watches.

Assalamualaikum/Hi, saya doakan anda semua yang membaca article ini sihat dan keluarga anda juga sihat dan juga dipermudahkan segala urusan untuk menghadapai musim hujan dan banjir ini, insyaAllah.

Hari ini admin ingin bercerita mengenai water resistant dan waterproof. Nampak macam remeh tetapi tidak boleh dinafikan, jam tangan adalah aksesori yang kita biasa pakai setiap hari. Persoalannya adalah, sesuai atau tidak? Lebih-lebih lagi pada musim-musim macam sekarang.

Pengetahuan ini sangat penting untuk menentukan jam tangan yang kita ingin pilih bersesuaian dengan cara pengunaan harian kita.

Jadi untuk hari ini admin ingin bercerita mengenai water resistant. Pengetahuan ini sangat penting untuk menentukan jam tangan yang kita ingin pilih bersesuaian dengan cara pengunaan harian kita.

Sebagai contoh, kalau kita bekerja sebagai lifeguard, sesuai atau tidak jikalau jam yang kita pilih itu adalah jam analog bertali leather? Jadi article ini akan menjelaskan mengenai apa itu water resistant dan waterproof watches serta bagaimana untuk mengenali jam-jam tersebut. Jom!

1. Apa itu water resistant dan waterproof?

First thing first adalah water resistant sangat berbeza dengan waterproof, jangan keliru ya. Water resistant lebih merujuk kepada keupayaan sesebuah jam itu menahan tekanan udara (atmospheric pressure) sebelum jam tersebut tidak lagi mampu menahan pressure tersebut dan akhirnya akan dimasuki air. Tekanan ini dikira mengunakan unit ATM, yang kebiasaanya akan dipamer sebagai 1ATM, 3ATM, 5ATM dan 10ATM.

Waterproof pula adalah jam yang sememangnya kalis air walaupun realitinya, tiada istilah sesebuah jam tersebut adalah 'invisible' atau 100% tidak akan dimasuki air (admin akan ulas lagi di point no.5 dibawah). Tetapi, adalah selamat untuk kita ketahui yang jam yang akan dipakai itu memiliki some point of guaratee against atmosprehic pressure supaya kita tidak akan pakai jam yang tidak bersesuaian dengan occasion yang akan kita hadiri atau buat pada waktu tersebut.

Sebagai contoh mudah, jika kita bercuti dan akan buat island hopping yang melibatkan banyak aktiviti snorkeling, jam yang memiliki 1ATM adalah tidak recommended (sebentar lagi admin akan ulas lebih lagi mengenai ATM ini dekat point di bawah).

2. Level 3ATM

Pada zaman sekarang, kebanyakkan jam akan memiliki 3ATM ini sebagai indicator of atmospheric pressure mereka. Daripada jam yang berharga bawah Rm100 hinggalah kepada jam yg berharga ribuan ringgit, jam tersebut mesti at least akan memiliki 3ATM ini. Jadi jam yang bertanda 3ATM ini boleh buat apa je?

  • membasuh tangan pada kadar minimal
  • minimal rain drop
  • minimal water splash

Jadi adalah selamat untuk admin katakan walau pada musim Covid-19 ini, jam yang anda pakai masih selamat semasa anda membasuh tangan.

3. Level 5ATM

Sedikit advance daripada jam yang memiliki 3ATM, mana-mana jam yang memiliki tanda 5ATM adalah selamat untuk digunakan utk

  • apa saja yang 3ATM boleh lakukan
  • berenang di kolam renang
  • jika di laut, boleh digunakan untuk berenang di air yg cetek (berenang-renang di ketepian)

4. Level 10ATM

Jika anda memiliki jam yang bertanda 10ATM bermaksud anda sudah boleh untuk melakukan kebanyakkan aktiviti air semasa anda bercuti seperti

  • semua yang boleh dilakukan di 3ATM dan 5ATM
  • snorkeling di air cetek (permukaan air, not deep snorkeling)
  • non-extreme water sports (banana boat, paragliding, jetski dan lain-lain)

5. Level 20ATM

20ATM biasanya indicator yang digunakan utk waterproof watches. Seperti yang admin pernah cakap di permulaan article ini, tiada jam yang 100% water resistant, kerana in the end of the day, apa sahaja jam akan sampai jangka hayat dia utk berkhidmat kepada kita. Dalam hal ini, berapa lama jam tersebut berada dalam air dan ketahanan kompenan- kompenan dalaman jam tersebut untuk menahan atmospheric pressure yang dinyatakan adalah sangat memainkan peranan.

Disebabkan itu, kebanyakkan brand yang menawarkan waterproof watches seperti Omega, Rolex, G-shock Frogman, Orient, Victorinox, Longines dan brand-brand terkemuka lain biasannya akan hadir pada harga yang agak mahal setanding pada keupayaannya untuk menahan atmospheric pressure pada kadar yang lebih tinggi. Kebiasaannya jam ini banyak digunakan oleh scuba divers.

All in one adalah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan jam waterproof ini,  biasa hadir dengan strap stainless steel yang mampu menahan pressure di dalam air dan juga boleh dijadikan casual watch jika berada di luar air.

Jadi, level 20ATM ini sangat sesuai untuk

  • deep snorkeling
  • scuba diving
  • jet-skiing
  • semua jenis sukan air.

In another case, pada zaman sekarang terdapat ramai youtuber yang menjadikan river scavenging sebagai content mereka di Youtube (boleh search di Youtube untuk tahu lebih lanjut), di sini mereka biasanya akan temui pelbagai barangan peribadi yang bernilai seperti Iphone, Ray-ban, Gopro termasuk juga Rolex. Seperti yang admin pernah nyatakan di atas, Rolex kebiasaan akan hadir dengan 20 ATM tetapi adalah tidak pelik kalau Rolex yang dijumpai itu masih lagi mampu untuk hidup semasa dijumpai dan tidak juga pelik jika jam tersebut juga mati. Tiada istiah 'invisible' dalam dunia jam, yang ada hanya a level of guarantee yang disediakan oleh brand jam tersebut.

6. 3 kompenen penting yg mendorong untuk sesebuah jam dinilai kadar ketahanan atmospheric pressure nya.

Last sekali, kita akan bercerita mengenai 3 kompenan penting di dalam jam yang menyebabkan perbezaan antara semua ketahanan jam-jam tersebut. Kompenan tersebut adalah

  • Crown (tombol pemutar)

Tombol pemutar yang selalunya ada di sebelah kanan jam. Ianya biasa digunakan untuk set jam kita. Ada pula pada masa sekarang, ianya digunkan untuk kegunaan-kegunaan lain. Untuk waterproof watches biasanya tombol pemutar akan bertindak seperti skru yg perlu dilonggarkan dahulu sebelum kita boleh nak adjust atau set jam kita. Hal ini membuatkan tiada udara mampu masuk ke dalam ruangan jam kerana tombol pemutar tersebut yg bertindak seperti skru sudah seal udara luar daripada memasuki ruangan dalaman jam.

Tombol pemutar di sebelah kanan jam

  • Back case (Penutup belakang 'housing' untuk sesebuah jam)

Sama seperti The Crown, penutup belakang sesebuah jam juga memainkan peranan yang penting. Biasanya penutup belakang ini diperbuat daripada stainless steel dan plastik. Di dalam perbincangan ini, kebiasaan utk jam yg memiliki ATM yg rendah adalah diperbuat daripada plastik kerana kurang durability manakala untuk jam waterproof biasanya akan diperbuat daripada stainless steel. Peranan still sama, untuk mengelakkan daripada air daripada masuk ke dalam dan menahan atmospheric pressure. Back case ini juga adalah tempat untuk manufacturer engrave tekanan ATM jam tersebut. 

Back case Fossil Watch

  • Gasket (getah gasket yg melindungi kompenen dalaman jam daripada dimasuki air, habuk dan sebagainya)

Gasket adalah getah perlindungan yang diletakkan di bahagian back case yang berperanan untuk seal isi dalaman jam daripada dimasuki apa sahaja seperti air dan habuk. Seperti yang kita sedia maklum, getah itu sendiri adalah kalis air.

Getah perlindungan daripada dimasuki air

Jadi, cukup sudah 6 point yang admin harap dapat clearkan lagi para pembaca dengan pembahagian jam-jam mengikut nilai atmoshperic pressure dan kesesuaian jam tersebut mengikut occasion yang kita ingin hadiri.

Admin harap banyak input yang para pembaca dapat daripada article ini. Macam mana nak pilih jam yang bersesuaian dengan occasion yang kita nak hadiri waktu itu, apa beza water resistant and waterproof watches, pembahagian level-level ATM dan macam-macam lagi.

Cukup sekadar di sini dahulu, nanti admin menulis lagi. Assalamualaikum.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping