Kindly follow our backup IG because sadly the previous one (83k followers) has been disabled by Instagram. Click the icon, thank you. Instagram
search

3 Jenis 'Natural marking' pada barangan kulit

3 Jenis 'Natural marking' pada barangan kulit

Assalamualaikum dan hai,

Anda peminat barangan kulit? Yezza, spend masa kejap untuk baca article ni sampai habis sebab admin nak share pasal natural marking yang biasa ada pada barangan kulit. 

Selalunya bila nampak tompok atau kedut sikit, kita terus label barangan tu sebagai defect. Aiippp, tidak semestinya tau! Boleh jadi itu merupakan natural marking yang sememangnya ada pada barangan kulit original.  

Macam mana nak bezakan natural marking dengan defect ye? Itulah yang admin nak share sekarang ni.

Jom kita lihat 3 jenis natural marking yang selalu ada pada barangan kulit.

 

 1. Fat wrinkles

Kedutan pada barangan kulit yang nampak seperti selulit. Sifat biasa pada kulit haiwan, sama juga macam kulit manusia. Jangan ingat dekat kulit manusia je ada garis-garis halus putih macam ni, dekat kulit haiwan pon ada jugak. Kedutan ini jelas kelihatan pada bahagian leher, perut, kaki dan bawah lengan haiwan. 


Industri barangan kulit selalunya menggunakan kulit lembu atau sapi. Kulit haiwan ini diambil seawal usia 2 tahun supaya kesan kedutan itu tidak jelas. Semakin berusia haiwan tersebut, semakin banyak kedutan yang muncul pada permukaan kulit.


2. Insect bites

Gigitan dan sengatan serangga pada permukaan kulit akan meninggalkan kesan tompokan hitam atau mungkin juga lubang kecil yang nampak seperti dicucuk pen atau jarum. 

Penempatan habitat haiwan dan cara penjagaan memainkan peranan penting untuk mengurangkan kesan gigitan dan sengatan serangga ini. Jika haiwan itu tinggal di penempatan yang bersuhu optimal dan bersih, kesan gigitan atau sengatan ini dapat dikurangkan. Namun, anda tidak perlu risau kerana kesan ini tidak memberi kesan kepada kualiti kulit tersebut.


3. Healed scratches and scars

Luka  dalam mengakibatkan kesan parut yang kekal pada permukaan kulit. Luka ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti terlanggar duri, dahan atau dawai kawat. Luka tersebut akan sembuh tetapi menyebabkan kesan parut yang kadangkala kekal pada permukaan kulit.

Namun, kita tidak perlu risau mengenai kesan parut atau calar ini kerana kesan ini menyebabkan barangan kulit itu tahan lebih lama. Hal ini kerana, tisu pada parut tersebut lebih padat daripada kulit di sekelilingnya.

Alhamdulillah, dapat tambah sedikit ilmu mengenai barangan kulit ni. Lepas ni, jangan terus label barangan kulit yang ada kesan sebegini sebagai defect. Kesan-kesan sebegini menandakan barangan kulit itu asli dan natural. Don't ever judge a book by it's cover, kesan-kesan sebegini kadangkala membantu barangan kulit anda boleh dipakai dengan lebih lama sebab mempunyai komponen yang lebih padat dan kuat.

Semoga anda yang membaca dapat sedikit input baru yang berguna, In Syaa Allah.

Nak dapatkan barangan kulit yang original?

Semestinya di ONIKYM.

Sehingga berjumpa lagi di entri yang seterusnya. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping