Apa itu Black Friday dan Cyber Monday?

black friday, black friday cyber monday, cyber monday -

Apa itu Black Friday dan Cyber Monday?

Assalamualaikum / Hi,

Hari ini admin nk bercerita mengenai Black Friday dan Cyber Monday. Jadi sebelum admin go deep mengenai Black Friday dan juga Cyber Monday ini, kita kena lah tahu sejarah dan asal usul kedua dua event ini.

Sejarah Black Friday

Black Friday jatuh pada setiap hari Jumaat di minggu keempat bulan November setiap tahun. 

Tetapi, sebelum jatuhnya Black Friday, ada satu hari yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat di United States of America (USA) yang dipanggil Thanksgiving Day. Secara ringkas, Thanksgiving Day ini ialah hari sebelum Black Friday iaitu pada hari Khamis, minggu keempat bulan November.

Apa yang simboliknya Thanksgiving ini?

Thanksgiving Day merupakan hari kesyukuran bagi masyarakat USA bagi meraikan hasil penuaian mereka yang berjaya. Pada hari ini, semua ahli keluarga akan berkumpul di dalam satu majlis makan besar-besaran. Antara hidangan makanan yang akan disediakan ialah ayam Belanda panggang, kentang lenyek, ubi keledek, sos kranberi dan tidak lupa juga sayur sayuran musim luruh (musim sebelum masuknya musim sejuk) seperti labu. Hidangan ini diilhamkan oleh golongan Wampanoag asli dan masyarakat peneroka Pilgrim pada tahun 1621 di Plymouth.

Yang menariknya, bila perayaan ini sudah hampir, kerajaan USA akan meluluskan cuti untuk semua sekolah dan universiti di sana selama empat atau lima hari. Bahkan, kerana cuti ini dijadikan 'official', semua pekerja am dan juga swasta akan turut mendapat cuti bergaji bagi meraikan musim perayaan ini.

Jadi, apa kaitannya pula Thanksgiving Day dgn Black Friday?

Thanksgiving Day merupakan hari cuti selepas Abraham Lincoln mengisytiharkannya pada tahun sekitar 1905. Perkataan 'Black Friday' pula digunapakai sejak akhir tahun 1966 dek kerana 'chaos'nya suasana shopping di kedai-kedai dan juga pusat membeli-belah pada hari Jumaat selepas Thanksgiving Day. Black Friday juga menandakan bermulanya hari persediaan mereka untuk menghadapi musim sejuk(winter) dan juga Krismas. Tradisi ini dikatakan bermula sejak daripada tahun 1952 lagi. Sewaktu hari Black Friday ini tak pelik kalau ada store yang akan dibuka 24jam kerana pemilik kedai dan juga mall berkenaan tahu akan 'trafik' penguna yg meningkat dek kerana Thanksgiving Day dan juga persiapan mereka untuk menghadapi winter serta Hari Krismas. Disebabkan itu, banyak kedai-kedai dan mall akan menawarkan promosi yang 'gila' untuk menarik perhatian orang ramai.

Meh sini admin share gambar sewaktu founder kami join Black Friday. Hehe

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Black Friday at Merrimack Premium Outlet 2014 [1]

 

 

Black Friday at Merrimack Premium Outlet [2]

Panjang celoteh mengenai Black Friday tapi apa pula itu Cyber Monday? Haaa~ Admin cuba pendekkan sependek pendeknya okay?

Sejarah Cyber Monday

Cyber Monday is simple. Ianya adalah hari Isnin selepas perayaan Thanksgiving Day dan juga hari Black Friday. Hari ini merupakan hari shopping kedua terbesar selepas Black Friday dan kebiasaanya ianya berlaku secara alam maya. Hehe, online shopping bahasa mudahnya. Boleh rujuk calender di bawah utk nampak dengan lebih jelas perjalanan ketiga-tiga hari kebesaran yang disambut oleh masyarakat di USA.

Kesimpulan
Selain daripada Thanksgiving Day yang merupakan hari perayaan tetap dan juga cuti umum bagi seluruh warga USA, Black Friday dan Cyber Monday merupakan hari yang direka mereka sendiri oleh kerana 'trafik' dan 'pattern' mereka membeli belah. Disebabkan itu, ada juga store yg menawarkan Pre-Black Friday di mana mereka membuat shopping Black Friday awal daripada tarikh biasa. Sebagai contoh pada tahun ini, Walmart.com menawarkan 3 kali 'Black Friday Early Deals' sebelum datangnya hari yang sebenar dan yang paling mengejutkan adalah kebiasaanya Pre-Black Friday ini menawarkan harga yang lagi 'gila' daripada hari Black Friday yang sebenar. Boleh rujuk kalendar di bawah utk nampak dgn lebih jelas.
Jadi di sini lah Onikym memainkan peranan yg besar di mana kami membantu anda semua sehabis baik untuk grab barang-barang yg best dan berpatutan seperti Michael Kors Smartwatch, handbag Coach butik, barangan Fossil dan banyak lagi.
Jadi, sekiranya anda berminat untuk menyertai Black Friday Early Deals, jom join Telegram Channel kami! Klik je gambar di bawah ini.
Semoga artikel ini dapat membantu pembaca semua lebih jelas akan apa itu Black Friday dan juga Cyber Monday.
Sekian, jumpa lagi di artikel akan datang.
Terima kasih dan Assalamualaikum!

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published